AutoDownline

Salam sejahetera rakan2 semua,

Ramai yang bertanya pada saya mengenai AutoDownLine. Disini saya ingin beri pandangan, dan pandangan saya mungkin betul dan mungkin juga salah dan ianya tidak sekali2 mewakili pandangan syarikat. Hanya pandangan saya sahaja.

Saya juga seperti rakan2 internet marketer yang lain, suka mencari teknik2 promosi yang terkini berdasarkan perkembangan terkini dunia social media dan internet. Bila saya jumpa, saya akan berkongsi dengan orang lain supaya ramai yang mendapat manfaat daripada apa yang kita jumpa.

Saya amat gembira jika ada orang lain juga buat perkara yang sama, sentiasa berusaha mencari cara2 baru, teknik2 baru, terutama teknik menaja orang yang kita tidak kenal, orang yang diluar skop lingkungan kita. Saya sangat gembira, bila keluar teknik2 baru seperti ToneExpress, mudah123, SOM, OPV, AutoDownLine, Ebookmall, GoldRichAkademi, Kaizen, CDTS dan lebih meriah bila otai2 seperti Sifu Zamri Nanyan, Sifu Razif Yusof, Abang Chop, Sifu Kadri, Mike, Nik Azmi, Kah Jah, Sifu Yazid Daud, Tuan Shamsudin Zakaria, Cheah Jun Jit, Rosanne, Tan Yong Jie, Aridz Riduan, Tuan Hamka, Tuan Slay, Tuan KZ dan Tahir Jannah dari TonePlus dan ramai lagi, mempelbagai teknik marketing didalam bisnes ToneGroup ini. Apatah lagi kebanyakkan teknik tersebut datang dari group2 rangkaian saya sendiri. Saya sendiri dengan teknik toneexceldotbiz, hasil100fb, wowhebatdotcom. Senang cerita, kalau teknik mereka meletop, sudah tentu saya menerima tempias dari letopan tersebut, memang patutlah sayalah orang yang terlebih2 gembira. Mana2 teknik yang meletop, biasalah saya, dengan muka tak malunya pergi datang menuntut kepada orang yang sudi mengajarnya, seperti baru2 ini saya belajar dengan Rosanne teknik OComm (Ada saya kongsikan sedikit dahulu dalam web hasil100fb).

Saya sangat gembira dengan perkembangan terkini dan keaktifan dikalangan kita mempelbagaikan teknik promosi. Cumanya dalam kegembiraan dan keghairahan kita mencuba teknik2 baru, ada beberapa garis panduan etika perniagaan atau atau universal law yang telah diberikan oleh management, telah menjadi core dan asas yang perlu kita patuhi. Saya pasti undang2 tidak bertulis ini adalah sebagai asas untuk menjaga, bukan kebaikkan kompani, tetapi untuk kebaikkan kita sendiri.

Diantara undang2 tidak bertulis yang menjadi pegangan management (saya rasa, mungkin betul), buatlah apa teknik sekali pun, ( kalau meletop sudah tentu, penggeraknya untung, kompani untung, upline pun untung), JANGAN sekali2 recyle orang yang sudah didalam lingkungan kita. Jangan benarkan orang yang dah join ToneExcel, supaya buka satu lagi akaun terpisah supaya duduk bawah kita. Teknik kita perlu menjurus kepada matket diluar sana. Bukan market sesama kita. Kita perlu membantu dan membawa rakan2 yang belum join toneexcel, supaya join bisnes yang ini, kerana kita sendiri sudah mendapat banyak kebaikkan melaluinya. Kita perlu menganggap kesemua ahli toneexcel/toneplus adalah ahli keluarga kita sendiri. Cubit peha kiri akan sakit peha kanan juga. Kalau saya sendirilah, yang buat satu teknik pemasaran, membenarkan orang melompat upline sana sini, pasti saya dah lama kena terminate, tak kiralah saya ni sifu ke siput ke, kerana management perlu menjaga kesemua ahlinya kerana management (saya rasa) sentiasa melihat kita semua sebagai satu keluarga.

Beberapa peraturan asas (Yang boleh saya fikirkan dlm dunia networking amnya dan tonegroup khususnya):
1. Teknik kita pastikan tidak membenarkan langsung orang yang dah join toneexcel/toneplus untuk buka satu lagi akaun dibawah penaja yang lain, kecuali dibawah mereka sendiri atau keahlian mereka sudah expired. Kalau rakan2 rasa terlalu ingin menggunakan sistem tertentu, rasa sangat bagus, mintalah ahli keluarga yang belum join toneexcel lagi, untuk register baru menggunakan sistem tersebut. Bukan anda sendiri yang buka akaun baru tetapi berlainan hairaki. Apa pun teknik yang kita buat, jangan sekali2 langgar peraturan HQ.

2. Jangan ajak orang TonePlus join ToneExcel, atau orang ToneExcel join TonePlus, mereka ahli keluarga kita juga, dan upline mereka juga ahli keluarga kita. Kalau kita buat juga, kan kita melukakan hati keluarga kita. Kecuali kita termasuk orang2 yang pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan ahli keluarga kita yang lain. Memang kita termasuk golongan orang yang busuk hati perut.

3. Upgrade level, kena beli simkad yang sepatutnya. Jangan buat style kutu atau upgrade level, bayar jumlah tertentu, simkad tak dapat, tapi upgrade dapat. Ini sangat2 salah (pendapat saya sahaja). Jangan buat perkara ini, kerana setahu saya, HQ sangat tidak suka cara seperti ini. Upgrade menggunakan cara yang telah diajar oleh HQ, jangan ubah2 cara ini lagi.

4. Bila orang baru join, jangan paksa orang upgrade, biar mereka belajar kembangkan bisnes ini dahulu, bila sudah ada track rekod yang mereka sudah mempu mengembangkan network, bila mereka sudah mencapai komisyen tertentu, biarkan mereka upgrade, ini semata2 untuk menjaga kebajikan mereka, bukan menjaga keuntungan duit poket diri kita sendiri. Apa pun alasan yang kita berikan, kita tetap salah kerana ia sudah terbukti banyak kali sebagai satu amalan yang membuktikan kita tamak dan menyusahkan rakan kita tersebut dikemudian hari.

Kepada rakan2 internet marketer, buatlah, carilah dan kongsikanlah teknik2 baru yang boleh memberi manfaat kepada anda dan ahli keluarga kita dalam ToneGroup ini, bukan teknik yang hanya menguntungkan puak2 kita sahaja dan memisahkan ahli keluaita sendiri. Kita hanya ada satu puak dan satu keluarga, keluarga ToneGroup. Buatlah, asalkan kita tidak melanggar peraturan asas yang diberikan oleh HQ, saya sangat2 menggalakkannya. Carilah teknik untuk menaja rakan2 diluar daripada ToneGroup, bukan dalam lingkungan ahli keluarga ToneGroup kita sendiri.

Biarlah HQ sibuk memikirkan penambah baikkan benefit2 untuk kita, jangan kita peningkan kepala mereka dengan urusan kita adik beradik. Tugas utama kita, kembangkan level-1 kepada orang yang belum join bisnes ini, orang2 diluar sana, bukan ahli keluarga kita dalam ToneGroup.

Message saya ini, saya tak perlukan apa2 komen jika komen rakan2 boleh melukakan sahabat2 kita yang lain, cukuplah sebagai bahan bacaan dipagi ini. Message ini juga bukan nasihat, kerana saya tak layak beri nasihat, tetapi hanya sebagai pandangan peribadi sahaja. Mudah2an ada kebaikkan yang Tuhan berikan didalamnya. Amin.

Terima Kasih.
Mazelan Abas

http://bit.ly/Hasil100persenfb

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *