Kumpul DataBase Lalui SMS


SMSAYA send to 01115003676

5 Sebab – Kenapa kena kumpul database SMS mulai sekarang!
Berikut adalah 5 kelebihan apabila kita mula mengumpul database pelanggan:

1. Mempunyai maklumat diri prospek yang besar
Semakin banyak database yang kita berjaya kumpul, semakin tinggi potensi income yang boleh kita hasilkan melalui database ini. Cuba banyak kita mempunyai 10,000-100,000 database. Daripada jumlah ini, hanya 1% sahaja yang membeli produk/servis kita.

Dalam masa 1 bulan, berapa banyak jualan yang berjaya kita hasilkan? Itu anda kira sendiri..

2. Meningkatkan kredibiliti diri dan bisnes
Selain menyimpan maklumat diri pelanggan, database yang kita miliki membolehkan kita menambah keyakinan dan kepercayaan pelanggan terhadap diri kita. Dalam masa yang sama, kredibiliti bisnes kita meningkat di mata pelanggan.

Dari masa ke semasa, kita dapat menyakinkan pelanggan bahawa produk/servis kita betul-betul berkesan dan bagus.

3. Membina tribe sendiri
Apabila kita mempunyai database sendiri, secara tidak langsung kita dapat membina tribe sendiri melalui database ini. Semakin banyak kita berkongsi ilmu dan membina hubungan (rapport) serta berinteraksi dengan pelanggan, semakin ramai peminat yang kita dapat tarik ke dalam tribe kita.
Ini akan meningkatkan lagi keyakinan orang lain yang masih belum mengenali kita apabila melihat tribe kita yang banyak ini.

4. Mudah membuat follow-up kepada pelanggan
Kerja-kerja membuat follow-up kepada pelanggan semakin mudah. Bayangkan, kita mempunyai banyak prospek tetapi tidak mengambil maklumat diri mereka. Alangkah ruginya apabila kita mahu mempromosikan produk terbaru kita, kita tidak dapat menjual kepada mereka.

Ini akan membuatkan kerja kita bertambah lebih banyak dengan aktiviti mencari prospek, menyimpan database mereka dan baru boleh mempromosikan produk kepada mereka. Lain pula ceritanya jika kita sudah mengumpul database ini di dalam satu tempat (sistem autoresponder/sms).

Dengan sekali kerja sahaja, kita dapat mempromosikan produk kepada lebih ramai pelanggan. Masa pun jimat, lebih ramai orang yang dapat melihat iklan kita.

5. Dapat menapis prospek yang betul-betul berminat dengan produk kita sahaja
Kelebihan mengumpul database adalah menapis pelanggan yang betul-betul berminat dengan produk kita sahaja. Bukan semua orang boleh menjadi pelanggan kita.

Dengan tawaran yang kita nyatakan dengan jelas, kita dapat menapis prospek yang berpotensi tinggi untuk membeli produk/servis kita pada suatu hari nanti. Sebagai contoh, kita tawarkan produk percuma kepada orang yang mahu kuruskan badan. Bagi orang yang kurus badannya, mereka tidak berminat dengan tawaran kita.

https://goo.gl/xq3dPo

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena