Surah Al-Fajr – سورة الفجر

Dengar Surah Al-Fajr

BismillahDengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001Demi waktu fajar;

(Al-Fajr 89:1) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

A002Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah);

(Al-Fajr 89:2) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

A003Dan bilangan yang genap serta yang ganjil;

(Al-Fajr 89:3) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

A004Dan malam, apabila ia berlalu; –

(Al-Fajr 89:4) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

A005Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna?

(Al-Fajr 89:5) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

A006(Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka)

(Al-Fajr 89:6) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

A007Iaitu penduduk “Iram” yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya)

(Al-Fajr 89:7) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

A008Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)?

(Al-Fajr 89:8) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

A009Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)?

(Al-Fajr 89:9) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

A010Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh?

(Al-Fajr 89:10) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

A011(Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing).

(Al-Fajr 89:11) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

A012Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu.

(Al-Fajr 89:12) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

A013Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab;

(Al-Fajr 89:13) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

A014Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)

(Al-Fajr 89:14) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

A015(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: “Tuhanku telah memuliakan daku!”

(Al-Fajr 89:15) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

A016Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: “Tuhanku telah menghinakan daku!”

(Al-Fajr 89:16) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

A017Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya);

(Al-Fajr 89:17) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

A018Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin;

(Al-Fajr 89:18) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

A019Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya),

(Al-Fajr 89:19) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

A020Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba!

(Al-Fajr 89:20) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

A021Jangan sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan segala yang ada di atasnya dan) diratakan serata-ratanya,

(Al-Fajr 89:21) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

A022Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah),

(Al-Fajr 89:22) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

A023Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya?

(Al-Fajr 89:23) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

A024Ia akan berkata: “Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!”

(Al-Fajr 89:24) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

A025Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah.

(Al-Fajr 89:25) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

A026Dan tiada sesiapapun yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan belengguNya.

(Al-Fajr 89:26) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

A027(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): “Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! –

(Al-Fajr 89:27) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

A028“Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! –

(Al-Fajr 89:28) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

A029“Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia –

(Al-Fajr 89:29) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

A030“Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! ”

 

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena